Tshirt Kosong Berkualiti Tinggi

December 6, 2011 • Posted by kuriee in Blog • Tags: , , , , , , , , , , ,  

 

Susah untuk mendapatkan T-shirt kosong berkualiti tinggi? Kini tidak lagi !! kerana kami di Printtshirt2u.Com dibawah penyeliaan Eighty Six Dream Enterprise merupakan pengedar sah Tshirt Kosong berkualiti tinggi berjenama Gildan. Sebelum itu, kami ceritakan serba sedikit latar belakang mengenai Gildan.

Gildan merupakan pengilang bersepadu dalam mengeluarkan pakaian asas berjenama yang berkualiti tinggi. Selain itu, jenama Gildan ini juga merupakan salah satu jenama tshirt yang mendapat “Best Seller” di United State atau Amerika Syarikat dan ianya menguasai hampir 56% bahagian pasaran di sana. Keistimewaan Tshirt buatan Gildan adalah bahan mentahnya sendiri dalam menghasilkan Tshirt iaitu menggunakan 100% kapas gred tinggi dari Amerika Syarikat. Produk yang dihasilkan dipantau menggunkan Sistem Kualiti Gildan bermulalah dari gentian kapas sehinggalah produk siap.

Gildan juga merupakan satu-satunya pengilang di Amerika Utara yang dianugerahkan pensijian Oeko-Tex Standard yang mana ianya merupakan salah satu sijil eko-pakaian yang paling berprestij. Ini adalah sebagai jaminan bahawa tiada bahan kimia atau bahan-bahan berbahaya dalam proses pembuatannya. oleh itu, ia memastikan kesihatan anda terjamin dengan produk Gildan. Anda bolehlah menonton video pendek ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Gildan ini.

Terdapat tiga jenis produk utama pakaian asas Gildan yang mendapat permintaan tinggi iaitu 76000 Asia Fit premium Cotton Adult Ring Spun T-shirt,  63000 Asia Fit Softstyle dan akhir sekali adalah 18600 Heavy Blend Adult Full Zip hooded Sweatshirt seperti katalog di bawah. Harga bagi setiap tshirt sangat berpatutan dengan kualiti yang diperolehi. T-shirt ini sangat sesuai untuk cetakan. Jadi untuk tempahan bolehlah emailkan terus ke printtshirt2u@yahoo.com atau hubungi hotlink kami.

 

 

 
 
© Eighty Six Dream Enterprise | T-Shirt Printing | Cetak Baju | Tempahan Baju | Baju Korporat | Non Woven Bag | Corporate Shirt | Polo T-Shirt | T-Shirt Design | T-Shirt Malaysia | T-Shirt Online | Pembekal T-Shirt | Design T-Shirt | Supplier Baju | Baju T-Shirt | Baju Online | Caps| Topi | Vest | Apron | Jaket Korporat | Printing Service | Embroidery Service |