Pertanyaan

Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Printtshirt2u.com ?
Printtshirt2u.com menyediakan perkhidmatan khususnya dalam mencetak tshirt dan pelbagai jenis pakaian serta khidmat sulaman berkomputer dan membekalkan pelbagai jenis tshirt untuk kegunaan individu mahupun kumpulan.

Bagaimana caranya untuk membuat tempahan dengan Printtshirt2u.com?
Membuat tempahan di Printtshirt2u.com adalah flexible mengikut keselesaan anda. Kami menawarkan 3 kaedah tempahan iaitu :

• Secara Online
Anda boleh membuat tempahan secara online dengan melihat katalog-katalog online yang kami sediakan di laman web. Hantar butiran tempahan anda ke printtshirt2u@gmail.com atau hanya isikan maklumat dalam borang tempahan online yang disediakan.

• Secara Face 2 Face
Anda boleh hubungi kami segera untuk berjumpa di tempat anda sendiri, wakil dari Printtshirt2u.com akan dihantar ke tempat anda berjumpa dengan pihak anda untuk perbincangan serta tempahan baju. Hubungi Hotline kami di 0194645404 untuk urusan temujanji.

• Secara Walk-In
Jika anda berada sekitar negeri Kedah atau di utara, bolehlah terus berkunjung ke kedai kami beralamat di No 5395 A, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05050 Alor Star, Kedah Darul Aman.

Berapakah harga yang ditawarkan oleh pihak Printtshirt2u.com untuk cetakan tshirt ?
Harga setiap tempahan cetakan tshirt bergantung kepada kuantiti (lebih murah dengan kuantiti yang banyak) , jenis t-shirt dan kualiti/material pakaian, jumlah warna cetakan atau jenis sulaman. Anda hanya perlu menghantar design t-shirt serta maklumat tempahan kepada kami untuk dapatkan sebut harga kerana harga berbeza-beza bergantung kepada kriteria yang dinyatakan tersebut.

Saya tidak mahir membuat design baju, bolehkah pihak PrintTshirt2u.com membantu dari segi design baju ? Adakah dikenakan bayaran untuk design tersebut ?
Pihak PrintTshirt2u.Com sedia membantu dan menawarkan khidmat design kepada anda. Pereka kami akan merekabentuk design mengikut kriteria atau gambaran yang diberikan oleh anda sehingga anda berpuas hati dengan design yang dihasilkan sebelum dicetak/disulam.Bayaran minimum dikenakan untuk kerja-kerja rekabentuk tshirt.

Berapakah “Minimun Quantity Order” untuk setiap tempahan ?
Untuk mendapatkan harga yang berpatutan, kuantiti minimum adalah sekurang-kurangnya 10 helai sahaja.

Berapakah kos penghantaran yang dikenakan sekiranya saya memerlukan khidmat pos memandangkan saya berada jauh dengan lokasi PrintTshirt2u.com ?
Kos penghantaran yang dikenakan adalah sangat rendah memandangkan kami berdaftar dengan syarikat penghantaran swasta yang cepat dan diyakini.

Adakah pihak PrintTshirt2u.Com menawarkan khidmat mencetak t-shirt sahaja sekiranya menggunakan t-shirt atau pakaiaan sendiri ?
Ya, kami menerima khidmat mencetak tshirt sahaja sekiranya dengan minimum order serendah 25 Helai.

Berapakah deposit yang dikenakan untuk membolehkan setiap tempahan di proses?
Bagi setiap tempahan, deposit 50% dari keseluruhan jumlah produk akan dikenakan untuk kami memproses tempahan anda.

Kaedah pembayaran yang diterima ?
Kami menerima pembayaran secara tunai atau cek dan pembayaran boleh dibuat melalui secara online, cash deposit, transfer dan sebagainya.

Dengan siapa saya boleh berhubung untuk sebarang pertanyaan lanjut ?
Anda boleh hubungi kami melalui email printtshirt2u@gmail.com atau hubungi terus khidmat pelanggan kami di talian 0124645230 (Zamzuri)

 
 
© Eighty Six Dream Enterprise | T-Shirt Printing | Cetak Baju | Tempahan Baju | Baju Korporat | Non Woven Bag | Corporate Shirt | Polo T-Shirt | T-Shirt Design | T-Shirt Malaysia | T-Shirt Online | Pembekal T-Shirt | Design T-Shirt | Supplier Baju | Baju T-Shirt | Baju Online | Caps| Topi | Vest | Apron | Jaket Korporat | Printing Service | Embroidery Service |