Hantar Artwork

Sekiaranya anda ingin menggunakan design atau artwork sendiri, pastikan ia dihasilkan mengikut saiz dan resolution 300 dpi sebelum dihantar bagi menjamin kualiti cetakan adalah terbaik. Untuk Cetakan Tshirt, Format saiz yang diterima adalah seperti berikut :

    • A3 29.7 × 42.0 cm (11.7 × 16.5 inches)
    • A4 21.0 × 29.7 cm (8.3 × 11.7 inches)

Saiz cetakan artwork pada baju juga bergantung pada saiz baju atau tshirt. Biasalah semua tshirt boleh dicetak menggunakan saiz A3 & A4. Hanya sesetengah baju yang bersaiz besar sahaja sesuai untuk cetakan dengan format A2.

Kami menerima design dalam format Adobe Illustrator dan juga Adobe Photoshop. Jika mengunakan Adobe Photoshop, pastikan resolusi adalah tinggi seurang-kurangnya 300 dpi.

Design dan artwork mestilah tidak melebihi 6 warna berbeza. Walaupun begitu kami mencadangkan maksima warna adalah 4 sahaja untuk kualiti printing yang baik. Harga juga bergantung pada bilangan warna. Untuk cetakan silk screen, warna dalam bentuk gradient, tone, shadow tidak boleh dicetak. Jika anda menggunakan font haruslah ditukar dalam bentuk outline atau boleh submit fail font anda kepada kami.

Contoh Design dan artwork yang boleh dicetak adalah seperti ditunjukkan dimana warna pada design adalah solid.

Hantarkan design atau artwork anda terus ke design deparment kami di printtshirt2u@gmail.com atau tudiaacreative@gmail.com . Kami akan membalas email anda dalam tempoh 48jam hari bekerja.

 
 
© Eighty Six Dream Enterprise | T-Shirt Printing | Cetak Baju | Tempahan Baju | Baju Korporat | Non Woven Bag | Corporate Shirt | Polo T-Shirt | T-Shirt Design | T-Shirt Malaysia | T-Shirt Online | Pembekal T-Shirt | Design T-Shirt | Supplier Baju | Baju T-Shirt | Baju Online | Caps| Topi | Vest | Apron | Jaket Korporat | Printing Service | Embroidery Service |